Tuesday, September 30, 2008

Eleven-Ten Automechanics




Dia Dalam Kenangan Raya - Al Fatihah

Aku masih lagi di office, masih lagi bekerja..tak adala kerja sangat pun..tapi aku tak amik cuti sebab dah banyak aku amik cuti sebelum ni. Tadi dapat e-mail dari Postmaster UniMAP. Alhamdulillah, Dato' bagi pelepasan balik awal..pukul 1 tghhari. Tima kasih Dato'. Sebelum balik, aku nak siapkan satu post.

Kalau raya tahun-tahun sebelum ni, kami sekeluarga akan berkumpul berbuka puasa pada hari terakhir Ramadhan beramai-ramai. Meriah dengan anak-anak sedara yang masih kecil, berkumpul semua adik-beradik dengan ipar duai. Lepas solat Maghrib, Ayah akan alunkan takbir raya. Rasa syahdu sangat waktu tu. Tahun ni rasanya akan lebih syahdu bila teringatkan Arwah yang dah tak ada bersama kami di hari lebaran ni. (Hujan lebat kat luar tu..aku dapat rasakan hujan juga lebat dipipi aku)..Pastu kami akan berkumpul depan TV, bersembang-sembang..yang budak-budak pulak macam biasala..main-main kat depan rumah. Mak pulak akan sibuk jahit baju-baju raya yang masih belum siap..biasanya baju budak-budak tu la yang last skali siap. Tapi tahun ni, semua baju kami beli yang ready made. Mak tak sempat nak jahit sebab sebelum puasa kami berada di Hospital Sungai Buloh. So, dah decide awal-awal nak beli saja tahun ni. Sebelum ni, pada malam raya Arwah akan bawak balik sepasang baju melayu dia untuk kami gosokkan. Tak pernah sekali pun dia gosok sendiri. Biasanya aku yang gosokkan baju dia. Kalau letih sangat, aku pas kat Chuha saja. Tapi tahun ni, aku pasti rindu sangat nak gosok baju melayu dia..rindu sangat sangat..Dia dahpun beli baju melayu baru tahun ni, tapi tak sempat dia pakai..Allah lebih sayangkan dia, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kami sekeluarga..

Lebih kurang pukul 12 tgh malam..Abang sekeluarga ngan AbgTeh sekeluarga akan balik tidur dirumah mertua yang tak jauh dari umah kami. Arwah pulak akan balik semula tidur di bengkel Eleven-Ten. Sebelum balik, dia akan pesan "KakCik, esok tolong gerak aku"..hmm..dah tau..tak payah pesan pun takpa..camtu la dia tiap kali raya atau ada majlis-majlis penting keluarga yang memerlukan dia bangun awal.. Tapi, selalunya memang penat la call dia. Tak pernahnya dia angkat phone kalau call bawah dari 10 kali call. Selalu tu, aku bangun ja terus kena call dia..memang dah tau, dia tak akan terus angkat phone. Lepas 5 minit, call lagi 5-10 kali..tak angkat jugak. Tunggu lagi 5 minit..call lagi berkali-kali..akan berterusan call, sampailah dia angkat phone. Pernah ja dia tak sedar..sampai ke tengah hari..mana tak nya..tidur dah lewat, sure la susah nak bangun pagi. Tu plak tidur sorang-sorang kat workshop.

Lepas solat raya di masjid, kami akan terus ke kampung berkumpul dirumah Lang (Kakak Mak). Dia la yang paling ditunggu-tunggu sepupu kami, CikZah. Sampai saja, salam-salam terus ke dapur cari menda makan. Kalau CikZah masak laksa..ayat dia "ish laa..tak dak menda lain ka nak wat selain laksa"..ahaha..kami kan hantu laksa..rimas dia makan laksa. Kalau ada nasi, dia makan nasi la..Tapi...tahun ni, tak tau macam mana kami nak hadapi raya tanpa dia..rasa kekurangan, rasa kehilangan yang besar dalam keluarga..Semua tu kenangan dengan dia..dia insan unique dalam keluarga kami..Raya tahun ni, agenda kami sedikit berbeza..ikut plan Ayah, lepas raya..kami akan terus ke pusara Arwah..ziarah Arwah disana..Al Fatihah

Tuesday, September 16, 2008

Tinggal Kenangan

Al-Fatihah.. Asrol Amir Bin Ramli a.k.a Abang Cik, pemilik blog ini telah kembali ke Rahmatullah. Apakan daya kami sekeluarga, Allah lebih sayangkan dia. Kami redha dengan pemergiannya.. Doa kami sekeluarga agar dia tenang, rohnya dicucuri rahmat oleh yang Esa dan ditempatkan dikalangan hambaNya yang beriman. Pemergiaannya membawa berkat di bulan yang mulia pada tanggal 9 Ramadhan 1429H bersamaan 9-September-2008.
13 hari Arwah di ICU Hospital Sungai Buloh sebelum pergi buat selamanya. Tanpa sakit, dia yang kami lawat pada setiap hari di sana umpama sedang tidur lena. Sejak dimasukkan ke hospital, dia diberi ubat tidur kerana untuk meringankan kesakitan yang dialami akibat kecederaan di bahagian kiri kepala.
Berkat rahmat yang Allah berikan, segala urusan bermula dia ditimpa kemalangan sehingga jenazahnya dikebumikan berjalan dengan amat lancar tanpa sebarang halangan. Kami amat bersyukur kepadaMu Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim. Sesungguhnya ujian dariMu ini amat berat kepada kami sekeluarga, tetapi kami terima segala ketentuanMu. Ujian dariMu menunjukkan yang Engkau sentiasa kasih kepada kami. Kami terima semuanya qada' dan qadar Mu. Kuatkan hati kami, tabahkan diri kami untuk mengharungi segala onak ranjau dalam kehidupan ini. KepadaMu kami datang, kepadaMu kami kembali. KepadaMu kami sembah, dan kepadaMu kami memohon pertolongan.
Amin Ya Rabbal 'Alamin
..

Blogger template 'PurpleRush' by Ourblogtemplates.com 2008