Tuesday, September 16, 2008

Tinggal Kenangan

Al-Fatihah.. Asrol Amir Bin Ramli a.k.a Abang Cik, pemilik blog ini telah kembali ke Rahmatullah. Apakan daya kami sekeluarga, Allah lebih sayangkan dia. Kami redha dengan pemergiannya.. Doa kami sekeluarga agar dia tenang, rohnya dicucuri rahmat oleh yang Esa dan ditempatkan dikalangan hambaNya yang beriman. Pemergiaannya membawa berkat di bulan yang mulia pada tanggal 9 Ramadhan 1429H bersamaan 9-September-2008.
13 hari Arwah di ICU Hospital Sungai Buloh sebelum pergi buat selamanya. Tanpa sakit, dia yang kami lawat pada setiap hari di sana umpama sedang tidur lena. Sejak dimasukkan ke hospital, dia diberi ubat tidur kerana untuk meringankan kesakitan yang dialami akibat kecederaan di bahagian kiri kepala.
Berkat rahmat yang Allah berikan, segala urusan bermula dia ditimpa kemalangan sehingga jenazahnya dikebumikan berjalan dengan amat lancar tanpa sebarang halangan. Kami amat bersyukur kepadaMu Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim. Sesungguhnya ujian dariMu ini amat berat kepada kami sekeluarga, tetapi kami terima segala ketentuanMu. Ujian dariMu menunjukkan yang Engkau sentiasa kasih kepada kami. Kami terima semuanya qada' dan qadar Mu. Kuatkan hati kami, tabahkan diri kami untuk mengharungi segala onak ranjau dalam kehidupan ini. KepadaMu kami datang, kepadaMu kami kembali. KepadaMu kami sembah, dan kepadaMu kami memohon pertolongan.
Amin Ya Rabbal 'Alamin
..

0 comments:

Blogger template 'PurpleRush' by Ourblogtemplates.com 2008